Tuesday, December 6, 2016
Thursday, October 27, 2016
Monday, September 26, 2016
Program Masjid September & Oktober 2016
Friday, March 1, 2013
Taubat Tunggu Seru
Taubat Tunggu Seru
Oleh :
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Catatan dilakukan oleh http://keranakasihnabi.blogspot.com/2012/12/taubat-tunggu-seru-3-tanyalah-ustaz.html
Berikut
adalah catatan yang dilakukan oleh seorang pendengar terhadap ulasan
secara langsung saya di slot Tanyalah Ustaz siri 3 pada tarikh 23
Disember 2012.
Bacaan ayat 10-13, surah Nuh:
Ayat
ini mengisahkan bagaimana kaum Nabi Nuh diminta untuk bertaubat.
Kadang-kadang kita mungkin nampak senang pada zahirnya – ada pekerjaan
yang bagus, keluarga yang ramai namun masih rasa tiada ketenangan, atau
kerasa ada kekosongan dalam kehidupan. Kekosongan yang dirasai itu
adalah kefakiran yang dirasai apabila seseorang tidak bertaubat kepada
Allah SWT. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan ibu bapa,
pemimpin-pemimpin rakyat, ketua organisasi untuk mengajar dan
mengingatkan agar anak-buahnya untuk bertaubat. Dalam ayat ini juga
Allah berikan tips untuk mendapatkan harta yang banyak, umur yang
diberkati, anak yang soleh atau untuk mendapatkan zuriat adalah dengan
membanyakkan bertaubat.
Ada
satu kisah taubat yang hebat yang dicatatkan dalam kitab Al-Isabah Fi
Tamyiz As-Sahabat oleh Imam Ibn Hajar. Namun riwayat kisah ini disebut
sebagai antara lemah dan sangat lemah. Sahabat ini bernama Sa’labah bin
Abdul Rahman Al-Ansori, dan dia diamanahkan membuat satu kerja oleh Nabi
SAW. Ketika dalam tugasan itu, dia ternampak aurat seorang wanita yang
sedang mandi. Dia melihatnya sehingga 3 kali kerana kuatnya tarikan
maksiat itu. Dia kemudian tersedar, beristighfar dan berasa sangat malu
kepada Allah. Dia menjadi sangat risau kerana dia adalah orang yang
rapat kepada Nabi SAW, dan dia malu jika ada wahyu diturunkan
menceritakan kesalahannya kepada Nabi SAW. Lalu, dia pun melarikan diri
bersembunyi ke pergunungan sehingga Nabi SAW pun tercari-cari. Setelah
hampir 40 hari, Nabi SAW mengarahkan sahabat, ‘Umar dan Salman, pergi
mencarinya, dan diriwayatkan bahawa Jibril datang kepada Nabi dan
berkata, “Ada seorang daripada kamu yang bersembunyi di pergunungan dan
meminta keampunan daripada Allah dan takut kepada api neraka”. Dikatakan
bahawa Sa’labah berdoa dengan mengangkat kedua-dua tangannya dan
meminta Allah mematikannya dalam keadaan bertaubat, dan agar dia
dilindungi daripada tidak berpakaian di akhirat nanti kerana dosanya
melihat wanita tidak berpakaian.
‘Umar
dan Salman menemui Sa’labah, tetapi dia keberatan bertemu Rasulullah
SAW, dan berharap agar kembali ketika Nabi SAW sedang menunaikan solat.
Permintaanya itu dikabulkan, dan mereka sampai ketika Nabi SAW sedang
mengerjakan solat sunat Dhuha. Maka mereka pun menunggu sehingga Nabi
SAW selesai solat. Setelah selesai, Nabi SAW pun melihat Sa’labah dan
bertanya apa yang berlaku. Dalam keadaan malu, Sa’labah menceritakan apa
yang berlaku. Kemudian, Nabi SAW berkata, “Kamu nak tak aku ajarkan
satu doa yang dapat memadam dosa-dosa dan kesilapan yang lalu?” Jawab
Sa’labah, “Sudah pasti, Ya Rasulullah”. Lalu Nabi SAW mengajarkan doa "Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar", seperti yang dipetik daripada ayat 201, surah Al-Baqarah:
Setelah
mendengar doa itu, Sa’labah berkata, “Tetapi, dosaku besar sungguh”.
Nabi SAW pun berkata, “Ayat Allah lebih besar”. Sa’labah pun balik dan
mengamalkan doa itu, tetapi hatinya remuk dan masih tidak berasa tenang
dengan dosa yang telah dilakukannya itu. Dia menangis siang dan malam
sehinggalah jatuh sakit. Setelah 8 hari sakit, sahabat memberitahu
kepada Rasulullah SAW dan mereka pun pergi melawat Sa’labah. Ketika
melawatnya, Rasulullah SAW meletakkan kepada Sa’labah ke atas ribaannya,
tetapi Sa’labah mengangkat dan mengalihkan kepalanya. Nabi SAW pun
bertanya, “Kenapa kamu mengalihkan kepalamu daripada ribaanku?”. Jawab
Sa’labah, “Kerana aku terlampau berdosa”.
Kemudian
Nabi SAW bertanya lagi, “Apakah yang kamu inginkan?”. Jawabnya, “Aku
hanya inginkan keampunan daripada Allah SWT”. Selepas itu, Jibril pun
turun memaklumkan kepada Nabi SAW bahawa Allah berkata, “Sekiranya dia
ini datang kepada-Ku dengan dosa yang sebesar bumi sekalipun, maka Aku
akan memberi sebesar bumi juga keampunan-Ku”. Perkara ini pun diberitahu
kepada Sa’labah dan ketika itu juga dia pun nazak dan meninggal
dunia. Ketika menghantar jenazahnya ke kubur, sahabat melihat Nabi SAW
berjalan bertinjit-tinjit (berjalan dengan hujung jari kaki dengan
berhati-hati seolah-olah tidak ingin melanggar sesuatu). Lalu ditanya
oleh sahabat mengapa Nabi SAW berjalan sebegitu rupa. Baginda pun
menjawab, “Kerana terlalu ramainya malaikat yang bersama-sama tadi, lalu
aku takut terpijak kepak-kepak dan sayap mereka”.
Hari
ini, berapa antara kita yang pernah melihat pornografi, namun tidak
pernah rasa malu atau menangis di hadapan Allah. Jadi, mari kita
sama-sama muhasabah diri kita.
Kita
tidak boleh meminta orang bertaubat bagi pihak kita, contohnya meminta
bantuan ustaz. Ada satu kisah seorang yang datang selepas zaman para
Tabiin. Khalifah Hisyam datang ke masjid dan bertanya kepada seorang
yang bernama Salim bin Abdullah, “Ya Salim, adakah apa-apa yang kamu ada
hajat kepadaku sebagai khalifah?” Salim berkata, “Aku malu untuk
meminta daripada selain Allah sedangkan aku berada di dalam rumah
Allah”. Khalifah itu pun berkata, “Kalau begitu, nanti setelah keluar
daripada masjid kamu datanglah meminta kepadaku”.
Setelah
berada di masjid seketika, Salim pun pergi berjumpa khalifah di luar
masjid. Khalifah pun berkata, “Sekarang kamu telah berada diluar masjid,
maka mintalah apa yang kamu inginkan”. Salim pun bertanya, “Ya Amirul
Mukminin, aku nak minta tentang hal dunia atau akhirat kepadamu?”
Jawab
khalifah, “Tentulah hal dunia, kerana aku tidak beri apa-apa di
akhirat”. Kemudian, Salim pun berkata, “Dalam keadaan aku tidak meminta
dunia dari Allah pemilik dunia, bagaimana mungkin untuk aku meminta
dunia daripada orang yang sebenarnya bukan pemilik dunia”.
Salim
ini sebenarnya memang tidak ingin meminta apa-apa, dan dia hanya ingin
memberi pengajaran kepada khalifah itu sahaja. Begitulah dengan kita,
jika ingin bertaubat, minta pada Allah, bukan pada manusia.
Ada
satu lagi kisah seorang sahabat, Lubabah, yang tidak sengaja
terbocorkan rahsia Nabi SAW kepada orang kafir. Dia kemudian tersedar
dan segera balik bertaubat dan mengikat dirinya ke tiang masjid. Cerita
ini sampai kepada Nabi SAW dan Nabi bertanya apa yang berlaku kepadanya.
Setelah diceritakan, Nabi pun berkata yang dia sepatutnya datang
meminta Nabi memohon maaf baginya. Nabi SAW pun membiarkan dia mengikat
dirinya dan setelah 6 hari barulah sampai berita gembira bahawa Allah
telah mengampunkan dirinya. Setelah sampai berita itu, sahabat pun
datang memberitahunya dan ingin membuka ikatannya. Dia melarang dan
meminta Nabi SAW yang membukankan ikatan itu. Nabi SAW pun datang
membukanya dan mereka pun sama-sama bersyukur dengan pengampunan yang
Allah berikan itu.
Jika
ada orang kafir yang tertarik dengan Islam, ketahuilah bahawa segala
dosa yang kamu pernah lakukan akan diampunkan sebaik kamu memeluk Islam.
Sebagai
kesimpulan, bersegeralah kita semua dalam bertaubat sebagai mengikut
teladan yang ditunjukkan pada sahabat Nabi SAW. Dalam surah An-Nisa’,
ayat 17, Allah berfirman dan menyatakan kepentingan untuk segera
bertaubat:
Senarai soalan dan jawapan:
S:
Saya biasa berhubung dan rapat dengan makcik atau sepupu yang membuka
aurat di hadapan saya. Adakah saya perlu bertaubat kerana berhubung
dengan mereka?
J:
Perlu lihat keadaan – jika hubungan rapat tidak melibatkan perbuatan
dosa kepada Allah, tidak mengapa kerana akhlak yang baik adalah lebih
utama daripada kata-kata yang baik. Jika begitu, dosa ini masuk ke dalam
dosa kecil. Walaupun kecil, jangam dipandang kecil dosa tersebut kerana
kita perlu melihat kepada siapa dosa itu dilakukan – iaitu Allah Yang
Maha Besar. Dosa-dosa kecil akan terhapus dengan kita mendirikan solat 5
waktu. Walapun begitu, dalam bergaul kita perlu menjaga pandangan mata
agar tidak menaikkan nafsu syahwat sepertimana firmat Allah yang
mengarahkan agar orang mukmin untuk menundukkan pandangan mata yakni
menjaga daripada memandang sesuatu yang boleh menaikkan syahwat.
S:
Adakah dikira bertaubat, jika kita beristighfar setelah melakukan
kesilapan atau kita perlu melakukan solat taubat terlebih dahulu?
J:
Sebagai teladan, kita kena melihat bagaimana kefahaman para sahabat.
Dalam satu kisah disebutkan bahawa Sy. Abu Bakar As-Siddiq lalu di
hadapan 3 sahabat iaitu Bilal bin Rabah, Sulaiman dan Suhaib Ar-Rumi.
Tiga sahabat ini melihat Abu Suffian (yang belum memeluk Islam ketika
itu dan menjadi ketua orang kafir) dan berkata, “Alangkah baiknya jika
kami dapat meletak pedang di lebernya”. Abu Bakar terdengar perkataan
itu dan menegur kerana hari itu merupakan hari gencatan senjata, dan
perkataan tersebut boleh menimbulkan provokosi. Cerita itu sampai kepada
Rasulullah SAW, dan baginda berkata kepada Abu Bakar, “ Abu Bakar, kamu
mungkin telah menyebabkan sahabat kamu marah dan kamu telah menyebabkan
Tuhan kamu marah kepada kamu”. Mendengarkan itu, Abu Bakar segera pergi
berjumpa sahabat yang tiga orang tadi dan memohon maaf daripada mereka.
Dia bertanya jika perkataanya menyebabkan mereka marah kepadanya.
Daripada kisah ini dapat dipelajari bahawa sahabat tidak menunggu untuk
berwudhuk atau solat sebelum meminta maaf kepada orang yang disakiti
atau diambil haknya itu.
Dalam
satu lagi kisah, Nabi SAW ternampak Abu Mas’ud (bukan Ibnu Mas’ud)
memukul hambanya yang melakukan kesalahan. Nabi SAW pun menegur, “Ya,
Abu Mas’ud, sesungguhnya Allah lebih memberi hukuman berbanding kamu”.
Mendengar kata-kata itu, Abu Mas’ud pun berasa bersalah lalu membebaskan
hamba tersebut. Abu Mas’ud tidak cuba mencari alasan atau justifikasi
untuk membela perbuatannya itu. Kemudian Nabi SAW pun berkata yang jika
dia tidak membebaskan hamba itu tadi, ada kemungkinan satu pintu neraka
akan dibuka untuknya juga. Oleh itu sebagai pengajaran kepada kita, jika
tersilap atau melakukan dosa dengan manusia, segera minta maaf pada
mereka. Kemudian, boleh dirikan solat sunat taubat sebagai penyempurna
taubat. Jika kesalahan pada Allah, barulah kita solat sunat taubat
kepada Allah.
S: Bagaimana untuk bertaubat nasuha, kerana saya takut saya akan mengulangi kesalahan yang sama?
J:
Ramai antara kita yang salah faham konsep taubat nasuha. Dalam satu
hadis, ada diceritakan kisah seorang yang bertaubat dan mengulangi
kesalahannya sehingga 3 kali dan Allah katakan buatlah apa yang kamu
perlukan, Aku telah mengampunkan kamu. Oleh itu, takut mengulangi dosa
tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak bertaubat. Kita mesti bertaubat
dan berazam untuk tidak mengulangi dosa itu. Jika terulang juga
kesalahan itu, bertaubatlah lagi.
S:
Saya ada melakukan dosa kepada bekas suami dan keluarganya dan ingin
meminta maaf kepada mereka. Tetapi niat saya disambut sepi dan saya
terasa dihina oleh mereka. Patutkah usaha saya ini diteruskan?
J:
Ini dosa yang melibatkan manusia. Kita perlu mengambil teladan daripada
kisah Abu Bakar yang diceritakan tadi. Sy. Abu Bakar tidak ada rasa
terhina untuk meminta maaf kepada sahabat yang lebih rendah kedudukan
berbanding dirinya. Niat kita meminta maaf mestilah ikhlas kerana Allah.
Oleh itu, tidak kiralah jika sama ada niat itu disambut sepi atau
dihina oleh orang sekalipun, ianya perlu diteruskan. Kita mengharapkan
redha Allah, bukannya sambutan ‘permaidani merah’ oleh manusia.
S:
Adakah boleh bertaubat bagi pihak ibu bapa yang sudah meninggal?
Betulkah ada bahagian harta yang boleh difidyah kerana ibu bapa
meninggal dan meninggalkan solat dan puasa?
J:
Anak boleh bertaubat jika dosa ibu bapa melibatkan mengambil hak orang
lain dengan memulangkan hak tersebut. Seterusnya, kita boleh bersedekah
bagi pihak ibu bapa dengan harapan pahala itu akan dapat mengatasi dosa
yang ibu bapa lakukan. Begitu juga, jika ibu bapa ada melakukan
kesalahan kepada orang lain, sebagai anak, kita boleh pergi berjumpa dan
meminta maaf bagi pihak ibu bapa kepada mereka yang pernah dizalimi.
Puasa yang ditinggalkan boleh diganti oleh anak dan dibayar dengan
fidyah, tetapi solat yang ditinggalkan tidak boleh diganti oleh orang
lain.
S: Adakah kaedah untuk menghalang kita mengulangi kesalahan yang pernah dilakukan?
J: Panduan yang diberi Nabi SAW adalah seperti berikut:
- Ikhlaskan betul-betul taubat kerana Allah
- Tinggalkan manusia yang mendorong kepada maksiat seperti kisah seorang yang membunuh 99 orang, seperti yang diceritakan dalam hadis Nabis SAW di dalam kitab ‘Riyadus Solihin’. Jika tempat kerja mendorong kepada maksiat, jangan takut untuk berhenti kerana rezeki kita bukan di tangan manusia tetapi Allah yang berikan. Tinggalkan juga sahabat atau orang yang dicintai yang mengajak kepada maksiat.
- Banyakkan bersedekah kerana ianya boleh melindungi kita daripada ditipu oleh dunia.
Tambahan
– jangan bertaubat dengan meminta kepada manusia seperti dalam agama
Nasrani. Oleh itu, jangan bercerita kepada ustaz tentang dosa yang
pernah dilakukan. Hanya tanya cara bertaubat, dan buat seperti apa yang
diajar. Jangan juga meminta ustaz bertaubat bagi pihak kita.
S: Bagaimana mencari jalan keluar daripada riba yang telah diambil?
J:
Kita kena sedar bahawa dosa riba itu sangat besar, lebih besar daripada
dosa berzina dengan ibu sendiri, seumpama berperang dengan Allah dan
rasul-Nya. Kita perlu hentikan segera perbuatan riba. Jika kita terpaksa
kehilangan harta yang banyak untuk menghentikan, maka jangan berkira
kerana tujuan kita adalah keredhaan Allah.
Friday, March 16, 2012
Fatwa zakat boleh dilabur perlu dinilai semula
| 15 Mac 2012 |
Hal ini, katanya kerana zakat adalah hak mutlak lapan golongan yang digelar asnaf zakat iaitu orang faqir, miskin, amil zakat, golongan muallaf, hamba yang membebaskan dirinya daripada perhambaan, golongan yang berhutang, fi sabilillah dan ibn sabil sebagaimana disebut oleh Allah dalam surah Taubat ayat 60.
“Selagi mana lapan golongan ini wujud maka yang wajibnya ialah mengagihkan zakat kepada mereka,” jelasnya.
Menurutnya, melaburkan harta zakat akan mendedahkan harta zakat kepada tiga keadaan, iaitu sama ada menangguhkan agihan zakat kepada mereka, atau menghalang zakat sampai kepada mereka sepenuhnya, atau mendedahkan harta zakat kepada kerugian perniagaan menyebabkan hilangnya wang zakat yang sepatutnya menjadi milik mereka.
Kerana itu, jelasnya kebanyakan ulama semasa tidak membenarkan pelaburan wang zakat.
Malah, katanya ulama yang mengharuskan pelaburan wang zakat mensyaratkan bahawa pelaburan hanya boleh dibuat selepas keperluan asnaf zakat telah dilunaskan.
Katanya, keputusan Lembaga Fiqh menyebut “harus secara dasarnya menggunakan wang zakat dalam projek-projek pelaburan yang berakhir kepada memberikan pemilikan kepada asnaf zakat atau pelaburan oleh agensi agama yang dipertanggungjawabkan untuk mengumpul dan mengagihkan zakat dengan syarat ianya berlaku selepas dilunaskan keperluan yang mendesak lagi segera bagi golongan yang berhak dan juga dengan syarat adanya jaminan-jaminan sepenuhnya tidak berlaku kerugian".
Beliau berkata, ada dua persoalan yang perlu dirungkai di sini dalam konteks pengurusan zakat di Malaysia.
Pertamanya, kata beliau adakah segala keperluan asnaf zakat telah ditunaikan, sehingga segala orang faqir dan miskin sebagai contoh telah terbela.
Kedua, soalnya adakah di sana terdapat perniagaan dan pelaburan yang tidak terdedah kepada kerugian.
“Praktik semasa agensi zakat di Malaysia telah mendedahkan beberapa kegagalan pelaburan zakat seperti yang berlaku pada beberapa negeri,” katanya.
katanya lagi, untuk memastikan semua asnaf zakat telah mendapat hak mereka, penilaian kembali pengurusan institusi zakat sedia ada sangat perlu untuk dilihat sejauh mana ia benar-benar telus dan amanah.
Di samping itu, ujarnya menilai kembali ketelusan agihan harta zakat di semua negeri-negeri di Malaysia.
Selain itu, katanya pengurusan zakat seluruh Malaysia diletakkan di bawah pemantauan sebuah Kementerian baru iaitu Kementerian Wakaf, Haji dan Zakat tanpa menafikan hak setiap negeri untuk memungut dan mengagihkan zakat.
Hukum Pelaburan Menggunakan Wang Zakat
Tarikh Keputusan:
3 Jun, 2009 Keputusan:
Menetapkan bahawa pada dasarnya harta zakat tidak harus dilaburkan. Bagaimanapun, sekiranya agihan zakat telah dibuat dengan sempurna kepada semua asnaf yang berhak memilikinya, lalu didapati masih ada lebihan, maka adalah harus harta zakat tersebut dilaburkan atas maslahah ‘ammah tetapi hendaklah mengikut syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut :
(i) Majlis Agama Islam Melaka dapat memberi jaminan bertulis bahawa harta asal zakat yang dilaburkan adalah tetap harta zakat dan begitu juga keuntungannya hendaklah dikembalikan kepada akaun zakat untuk dibelanjakan kepada asnaf yang berhak setelah ditolak kos pengurusan yang munasabah;
(ii) Ada jaminan bertulis bahawa Majlis Agama Islam Melaka bersedia untuk membayar balik kesemua jumlah harta zakat yang dilaburkan itu kepada akaun zakat jika berlaku kerugian dalam pelaburan;
(iii) Ada jaminan bertulis bahawa harta zakat yang dijadikan modal pelaburan itu boleh dicairkan pada bila-bila masa apabila ada keperluan mendadak di mana harta zakat itu perlu diagihkan;
(iv) Pelaburan tersebut hendaklah dilakukan dengan teratur dan ianya mestilah berlandaskan syariat;
(v) Hendaklah dibuat kajian terperinci berkenaan dengan satu-satu pelaburan yang hendak diusahakan menggunakan harta zakat dan perlu dipastikan ianya terjamin selamat;
(vi) Hendaklah mendapatkan kebenaran atau kelulusan daripada mesyuarat Majlis Agama Islam Melaka bagi memastikan dasar-dasar syariat terpelihara ; dan
(vii) Pelaburan tersebut hendaklah dikendalikan oleh satu badan ataupun jawatankuasa khas yang terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam bidang pelaburan dan bersifat amanah.
Negeri:
Berdasarkan fatwa, sekiranya terdapat lebihan zakat setelah dicari asnaf yang berhak di seluruh pelusuk negeri dan tidak terdapat lagi asnaf yang layak menerimanya barulah lebihan tersebut boleh digunakan untuk PELABURAN.
Yang menjadi persoalannya ialah maksud 'lebihan' yang disebut dalam fatwa di atas sedangkan kebanyakkan pihak berkuasa zakat menunjukkan akaun lebihan setiap tahun. Pihak berkuasa zakat perlu menubuhkan skuad mengesan asnaf bagi memastikan zakat dapat disalurkan dan tidak berlaku lebihan yang nampak seolah-olah disengajakan.
adakah peristiwa amil zakat mencari asnaf di seluruh jajahan takluk negara Islam namun tidak menjumpainya pada zaman Khalifah Umar bin Abd. Aziz akan berulang lagi di zaman ini.
Yang menjadi persoalannya ialah maksud 'lebihan' yang disebut dalam fatwa di atas sedangkan kebanyakkan pihak berkuasa zakat menunjukkan akaun lebihan setiap tahun. Pihak berkuasa zakat perlu menubuhkan skuad mengesan asnaf bagi memastikan zakat dapat disalurkan dan tidak berlaku lebihan yang nampak seolah-olah disengajakan.
adakah peristiwa amil zakat mencari asnaf di seluruh jajahan takluk negara Islam namun tidak menjumpainya pada zaman Khalifah Umar bin Abd. Aziz akan berulang lagi di zaman ini.
Wednesday, September 28, 2011
HUDUD
HUKUM JENAYAH ISLAM
1. Pengertian Jenayah.
Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.WT. atau meninggalkan sesuatu perkara yang
disuruh olehNya.
disuruh olehNya.
2. Falsafah Jenayah.
Peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.WT. untuk dilaksanakan dalam sesebuah negara bagi
menjamin keadilan dan keselamatan ummah.
menjamin keadilan dan keselamatan ummah.
HUKUM-HUKUM JENAYAH ISLAM
Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada ;
(a) Hukum Hudud
(b) Hukum Qisas
(c) Hukum Ta’zir
(b) Hukum Qisas
(c) Hukum Ta’zir
A. HUKUM HUDUD
1. Pengertian Hudud;
(a) Dan segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegà h.
(b) Dan segi segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas
Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya
tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.
Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya
tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.
Maksudnya;
“Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu
mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka
itulah orang-orang yang zalim”
mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka
itulah orang-orang yang zalim”
2. Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya
(a) Zina;
Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina
yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.
Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina
yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.
(b) Qazaf (menuduh zina);
Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.
Hukuman : sebat 80 kali
Hukuman : sebat 80 kali
(c) Minum arak;
Meminum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal.
Hukuman : sebat 40 kali
(f) Riddah (murtad);
Peranan undang-undang jenayah Islam mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat
Hukuman : sebat 40 kali
(d) Mencuri;
Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
Hukuman : potong tangan
Hukuman : potong tangan
(e) Merompak;
Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.
Hukuman :
Hukuman :
sekiranya membunuh hendaklah dibunuh
sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.
sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara
sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.
sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara
(f) Riddah (murtad);
Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.
Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3 kali )
Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3 kali )
# Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @ wang.
B. HUKUM QISAS
1. Pengertian qisas;
(a) Dan segi bahasa qisas bermaksud memotong.
(b) Dan segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas A1-Quran dan Hadis-hadis Nabi saw. kerana kesalahan-kesalahan yang melibatkan hak individu.
2. Jenis jenayah qisas;
Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan seperti mencederakan mata, hidung dan telinga.
3. Hukuman terhadap kesalahan qisas;
Mengikut hukum qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.
Maksudnya;
“Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa baginya” (Surah al-Maidah ayat 45)
Diat
Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.
Kadar Diat
Kadar diat adalah dikira mengikut bilangan unta iaitu harta yang paling bernilai ketika itu.Kadar penuh diat ialah 100 ekor unta. Walau bagaimanapun, para ulama' berpendapat boleh mengantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Di antaranya ialah;
Kadar diat adalah dikira mengikut bilangan unta iaitu harta yang paling bernilai ketika itu.Kadar penuh diat ialah 100 ekor unta. Walau bagaimanapun, para ulama' berpendapat boleh mengantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Di antaranya ialah;
a) wang emas = 1000 dinar
b) wang perak = 10,000 - 12,000 dirham
c) lembu = 200 ekor
d) kambing = 2000 ekor
e) Persalinan = 200 persalinan lengkap
b) wang perak = 10,000 - 12,000 dirham
c) lembu = 200 ekor
d) kambing = 2000 ekor
e) Persalinan = 200 persalinan lengkap
a. Diat jenayah membunuh.
1. Pembunuhan sengaja - 100 ekor unta secara terus (tanpa tangguh) yang terdiri drp ;
a) 30 ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)
b) 30 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
c) 40 ekor Hulqah
b) 30 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
c) 40 ekor Hulqah
# Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu qishas @ diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, qishas bunuh dikenakan.
2. Pembunuhan separuh sengaja - 100 ekor unta spt di atas tetapi bayaran boleh ditangguhkan sehingga 3 tahun.
3. Pembunuhan tidak sengaja - 100 ekor unta dan ditangguhkan sehingga 3 tahun yang terdiri drp ;
a) 20 ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)
b) 20 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
c) 20 ekor Bintu Labun (unta betina berumur 3 tahun)
d) 20 ekor Ibnu Labun (unta berumur 3 tahun)
e) 20 ekor Bintu Mukhad (unta betina berumur 2 tahun)
# Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan Pembunuhan Tidak Sengaja adalah Diat sahaja. Qishas tidak dikenakan.
b) 20 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
c) 20 ekor Bintu Labun (unta betina berumur 3 tahun)
d) 20 ekor Ibnu Labun (unta berumur 3 tahun)
e) 20 ekor Bintu Mukhad (unta betina berumur 2 tahun)
# Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan Pembunuhan Tidak Sengaja adalah Diat sahaja. Qishas tidak dikenakan.
* Diat perempuan 1/2 drp diat lelaki
* Diat hamba 1/2 drp diat merdeka
* Diat hamba 1/2 drp diat merdeka
# Pembunuhan Sengaja ialah membunuh dengan niat.
# Pembunuhan Separuh Sengaja ialah spt seorang memukul orang dengan tongkat @ melempar dengan batu kelikir, tanpa disangka-sangka terus mati orang tersebut. (tanpa niat membunuhnya)
# Pembunuhan Tidak Sengaja ialah spt seorang yang tertembak rakannya yang disangkanya binatang buruan.
# Bagi jenayah membunuh, pembunuh hanya boleh diampunkan oleh warisnya sahaja. Pemerintah tidak ada kuasa dlm pengampunan.
# Pembunuhan Separuh Sengaja ialah spt seorang memukul orang dengan tongkat @ melempar dengan batu kelikir, tanpa disangka-sangka terus mati orang tersebut. (tanpa niat membunuhnya)
# Pembunuhan Tidak Sengaja ialah spt seorang yang tertembak rakannya yang disangkanya binatang buruan.
# Bagi jenayah membunuh, pembunuh hanya boleh diampunkan oleh warisnya sahaja. Pemerintah tidak ada kuasa dlm pengampunan.
b. Diat jenayah mencederakan anggota
1. 100 ekor unta untuk anggota tunggal spt terputusnya lidah, hilang akal, menyebabkan lumpuh seluruh anggota badan dan hilang keupayaan bersetubuh.
1. 100 ekor unta untuk anggota tunggal spt terputusnya lidah, hilang akal, menyebabkan lumpuh seluruh anggota badan dan hilang keupayaan bersetubuh.
2. 50 ekor unta untuk anggota yang berpasangan, jika kedua-duanya terlibat maka diatnya 100 unta. Ia melibatkan salah satu drp kaki atau tangan, mata dan telinga.
3. 33 ekor unta untuk luka al-Ja'ifah (luka hingga ke dlm bhg otak)
4. 33 ekor unta untuk luka Al-Ma'muumah ( luka yang sampai ke selaput kepala)
5. 25 ekor unta untuk anggota yang 4 bahagian (pasang) spt kelopak mata. Setiap satu kelopak mewakili 25 unta.
6. 10 ekor unta untuk luka Al-Hasyimah (luka yang memecah @ mematahkan tulang)
7. 15 ekor unta untuk luka Al-Munqilah (luka yang sampai ke tulang dan mematahkannya sehingga tergeser dari tempatnya).
8.10 ekor unta untuk anggota yang ada 10 bahagian spt jari tangan dan jari kiri. Setiap satu jari jika patah mewakili 10 ekor unta.
9. 5 ekor unta untuk luka Mudhihah @ Muwadhdhohah (luka yang menampakkan tulang)
8.10 ekor unta untuk anggota yang ada 10 bahagian spt jari tangan dan jari kiri. Setiap satu jari jika patah mewakili 10 ekor unta.
9. 5 ekor unta untuk luka Mudhihah @ Muwadhdhohah (luka yang menampakkan tulang)
C. HUKUM TA’ZIR
1. Pengertian ta’zir.
(a) Dan segi bahasa ta’zir bererti menolak atau menghalang.
(b) Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.
2. Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategoni ta’zir;
(a) Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas.
(b) Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.
(c) Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat, menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.
3. Hukuman bagi kesalahan ta’zir.
(a) Nasihat;
Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi pada masa akan datang.
(b) Teguran;
Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha untuk memperbaiki dirinya.
(c) Ancaman;
Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut dikenakan hukuman.
(d) Pemulauan;
Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersempit sekiranya ia berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang lain dalam masyarakat.
(e) Perisytiharan umum;
Membuat pengisytiharan kepada umum terhadapkesalahan penjenayah. Dengannya penjenayah berasa tertekan dan malu yang amat sangat.
(f) Denda dan merampas harta;
Iaitu hukuman ta ‘zir dengan denda berbentuk kewangan dan merampas harta yang dimiliki oieh penjenayah.
(g) Penjara;
Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut pertimbangan realiti smasa.
(h) Sebat;
Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu mengikut reaiiti semasa.
(i) Bunuh;
Hukuman bunuh bagi kesalahan ta’zir dibenarkan oleh syarak bagi menjaga kemaslahatan umum masyarakat.
(j) Buang daerah;
Hukuman ini dikenakan supaya penjenayah berasa tertekan, mengalami kesusahan dan tersisih akibat dipisahkan dari kaum keluarga dan sahabat handai.
Matlamat Hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir
(a) untuk melindung masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum ia berlaku.
(b) untuk memperbaiki penjenayah dan membetulkan penyelewengan. Ini dapat dilihat daripada kesan yang ditinggalkan oleh hukuman ke atas penjenayah yang memberi pengajaran, memperbaiki dan menghalang seseorang daripada melakukan jenayah.
(c) untuk membersih dosa penjenayah dan menyelamatkannya daripada azab akhirat.
Peranan undang-undang jenayah Islam mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat
(a) Undang-undang jenayah Islam menjatuhkan hukuman secara adil dan saksama. Misalnya orang yang membunuh
dihukum bunuh balas. Ini menyebabkan warisnya berpuas hati dan hilang perasaan dendam.
dihukum bunuh balas. Ini menyebabkan warisnya berpuas hati dan hilang perasaan dendam.
(b) Hukuman jenayah Islam yang kemas dan tegas menyebabkan penjenayah dan orang ramai takut dan gerun untuk mengulangi jenayah. Akhirnya kehidupan masyarakat aman dan sejahtera.
(c) Hukuman jenayah Islam mengandungi unsur-unsur pendidikan kepada penjenayah dan orang ramai. Hukuman yang dikenakan mendorong seseorang penjenayah bertaubat dan menyesali kesalahan yang dilakukannya. Dengan ini jenayah akan berkurangan dalam masyarakat.
Subscribe to:
Posts (Atom)





